#
@
Hakcipta 2017.Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara
@
Home Pencen Ilat
Pencen Ilat
- KEILATAN adalah suatu keuzuran yang berkekalan atau tidak mungkin akan sembuh yang mana mengakibatkan seseorang pekerja itu tidak mampu mencari nafkah sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan seseorang pekerja yang normal.
- Perlindungan kepada pekerja yang mengidap keilatan akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan. Antara penyakit-penyakit kronik penyebab keilatan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti sakit jantung, buah pinggang, barah, sakit jiwa, asma dan sebagainya.
Syarat Kelayakan
- Belum mencapai umur 60 tahun pada masa notis ilat diterima oleh PERKESO
- Sekiranya telah mencapai umur 60 tahun pada masa notis ilat diterima, pekerja hendaklah membuktikan bahawa keilatan terjadi sebelum umur 60 tahun dan tidak bekerja semenjak ia mengalami keilatan
- Disahkan ilat oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan
- Telah memenuhi mana-mana syarat kelayakan caruman yang telah ditetapkan sama ada kelayakan caruman penuh atau kelayakan caruman yang dikurangkan.
Tempoh Bayaran
- Pencen Ilat dibayar bermula dari tarikh notis ilatnya diterima oleh PERKESO atau tarikh berhenti kerja jika pekerja berhenti kerja selepas notis ilat dikemukakan
- Pencen Ilat dibayar selama pekerja mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia mengikut mana yang lebih awal
- Pencen Ilat akan digantikan dengan Pencen Penakat sekiranya pekerja itu meninggal dunia semasa menerima Pencen Ilat tanpa mengira umurnya.
- PERKESO berhak menggantung Pencen Ilat dan merujuk semula kes kepada Jemaah Doktor sekiranya seseorang itu didapati bekerja semula dan memperolehi pendapatan melebihi 1/3 daripada gaji purata sebelum beliau mengidap keilatan.
Kadar Bayaran
- Bayaran pencen yang diberi adalah tertakluk kepada kelayakan kadar pencen. Mulai 1 Januari 2012, bayaran minima pencen bulanan adalah sebanyak RM475.00 sebulan.
Dokumen yang diperlukan untuk tuntutan:
Orang berinsurans hendaklah mengisi dan melengkapkan borang dan maklumat berikut:
- Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah - Borang 34
- Laporan Perubatan terkini
- Salinan Kad Pengenalan
- Dasar Privasi
- Dasar Keselamatan
- Notis Hakcipta
- Terma & Syarat
- Kebolehcapaian W3C
- Peta laman
- Bantuan
- Panduan muat-turun
- Dasar e-Penyertaan
Hakcipta 2017.Pertubuhan Keselamatan Sosial | Semua Hakcipta Terpelihara
[PENAFIAN] - PERKESO tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh menggunakan maklumat dalam laman web ini.
1 comment:
14thJune2017 Wednesday
SOCSO PERKESO
Invalidity Pension
Post a Comment